Pages

Tuesday 24 January 2012

RM100 untuk menjadi JUTAWAN

Semua orang ada terfikir untuk jadi jutawan. Yang berniaga atau bergaji besar merasakan ianya boleh menjadi realiti. Yang berpendapatan rendah merasakan ia hanyalah angan-angan 'Mat Jenin'. Masakan dapat menjadi jutawan kalau setiap bulan gaji habis sebelum bulan baru tiba.

Tapi sebenarnya semua orang berkemampuan untuk menjadi Jutawan. Hanya dengan menyimpan RM100 sebulan di dalam instrumen yang memberi pulangan 15% setahun, maka anda akan menjadi Jutawan dalam masa 32 tahun.

Ada pula yang mengeluh 'Lamanya!'. Kalau anda bermula dari umur 23 (umur saya mula bekerja), bila anda pencen pada usia 55 tahun, anda adalah seorang Jutawan...tidak kira anda kerja apa. Buruh kasar, kerani, esekutif, pengurus, semua akan menjadi Jutawan kalau menyimpan RM100 sebulan selama 32 tahun.
Ramai jugak yang mencelah 'Gaji saya sikit, nak makan pun tak cukup. Macam mana nak menyimpan?' Macam mana orang yang gajinya RM500 sebulan hidup berbanding dengan orang yang gajinya RM2000 sebulan? Tentu ada bezanya. Tapi kedua-duanya masih dapat hidup sempurna jika mereka hidup mengikut kemampuan masing-masing. Jika gaji anda RM1000 sebulan tapi mengikut cara hidup kawan yang gajinya RM1500 sebulan, maka anda akan menghadapi masalah kesempitan wang. Jika esok syarikat memotong gaji anda sebanyak RM100, pada mulanya akan terasa susah untuk hidup. Tapi lama kelamaan anda akan menjadi biasa untuk hidup dengan gaji yang telah dipotong.

Kita harus bertekad untuk cuba mengubah kehidupan kita dan keluarga. Jika kita mempunyai 1 Juta, banyak masalah yang dapat diselesaikan. Kalau kita mungkin tidak sempat untuk menikmati RM 1 juta itu, mungkin anak-anak dan waris keturunan kita dapat menikmati warisan kita. Ataupun kita boleh menubuhkan yayasan untuk menolong anak yatim atau golongan tua apabila kita sudah tidak memerlukan duit RM1juta tadi.
Jadi jika anda ingin berbincang tentang pelan 1 juta ini, anda boleh menghubungi saya di 019-2121210.

Saya juga mengadakan Seminar unit amanah setiap hari Sabtu, 11.45pagi kepada yang beminat menyertai industri unit amanah ini.

No comments:

Post a Comment