Pages

Wednesday 11 April 2012

RAHSIA MENDAPAT KEUNTUNGAN DALAM PELABURAN

Tidak kira anda melabur dalam apa jenis pelaburan samada saham, unit amanah (unit trust), emas, perak dan lain lain lagi...bagaimanakah caranya untuk anda mendapat keuntungan? Saya ada rahsia untuk memastikan anda mendapat keuntungan dalam pelaburan yang anda buat. Walau bagaimanapun pastikan pelaburan yang dibuat itu adalah skim pelaburan yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti (Securities Commission) dan mengikut undang-undang Malaysia. Kalau kita melabur di dalam skim cepat kaya, maka rahsia yang akan saya dedahkan ini tidak memberi apa- apa makna.

Pertama, anda perlu ada KUASA UNTUK MENUNGGU (POWER TO SUSTAIN). Kalau kita boleh menunggu, kita tidak perlu risau atau takut jika pasaran jatuh merudum. Kita hanya perlu menunggu sehingga pasaran naik semula. Secara purata, pasaran saham Malaysia mengalami masa kejatuhan selama 18 bulan. Selepas itu pasaran akan kembali kepada tahap sebelum kejatuhan dalam masa 3 hingga 5 tahun. Jadi anda tidak perlu risau dan takut jika pasaran jatuh...


Seperti analogi jika anda sedang memandu untuk pergi ke tempat kerja untuk mesyuarat penting. Jika anda masih awal, maka anda boleh memandu dengan selesa dan tidak perlu risau tentang lampu isyarat menjadi merah di setiap simpang yang ditempuhi.   


Kedua, anda perlu ada KUASA UNTUK menurunkan kos pelaburan (THE POWER TO AVERAGE DOWN).  Kita tahu yang pasaran saham hanya akan turun paling lama 18 bulan. Jadi apabila harga pasaran lebih rendah dari kos pelaburan anda, maka anda perlu mengambil peluang ini untuk merendahkan kos pelaburan anda (AVERAGE DOWN). Bila kos pelaburan anda rendah, maka apabila pasaran mula naik, anda akan mendapat keuntungan lebih cepat. Dan bila pasaran kembali ke tahap asal, anda akan mendapat keuntungan lebih tinggi.

Jadi pelabur yang sentiasa melabur (regularly) dan melabur untuk jangka masa lama (melebihi 5 tahun) akan membuat keuntungan yang lebih baik.....

No comments:

Post a Comment